TELUK INTAN 23 Nov. – Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakan mereka di sebuah ladang kelapa sawit, Jalan Kampung Banjar di sini minggu lalu. Tertuduh, Wong Mun Fai dan Tan Chun How, masing-masing berusia 27 tahun serta Ng Yoke Soon, 44, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga…










