SYDNEY 20 Nov. – Polis hari ini menahan tiga lelaki yang dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap orang awam di Melbourne. Suspek warga tempatan yang masing-masing berusia 30 tahun, 26 tahun dan remaja berusia 21 tahun kini ditahan selepas didakwa cuba membeli senapang separa automatik untuk melancarkan serangan itu. Menurut polis, remaja berkenaan kini menghadapi tuduhan merancang serangan pengganas. Pasport milik ketiga-tiga suspek telahpun dibatalkan awal tahun…










