Tiga hari larangan menangkap ikan bilis di Kedah bermula 30 November - Utusan Malaysia

Tiga hari larangan menangkap ikan bilis di Kedah bermula 30 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Nelayan di Kedah dilarang menangkap ikan bilis selama tiga hari bermula 30 November ini untuk tujuan melestarikan bekalan ikan itu di negeri ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perikanan Kedah pelaksanaan tempoh berkenaan selaras dengan kepentingan untuk mengurus sumber dan populasi ikan bilis dengan menggunakan pendekatan ekosistem terhadap pengurusan perikanan di negara ini.

Sepanjang tempoh penguatkuasaan tersebut, sebarang penangkapan dan pemprosesan ikan bilis adalah salah disisi undang-undang, namun penjualan ikan bilis dibenarkan seperti biasa dengan mendapatkan pengesahan bertulis daripada  pihak Pejabat Perikanan Kedah.

Menurut kenyataan itu lagi, pelaksanaan tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan daripada pihak berkepentingan termasuk Persatuan Pengusaha-Pengusaha Ikan Bilis Langkawi, Persatuan Peniaga-Peniaga Ikan Bilis Kedah Tengah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN