Tiga cedera lori terbabas rempuh calet - Utusan Malaysia

Tiga cedera lori terbabas rempuh calet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 20 Nov. – Lapan penghuni sebuah calet yang sedang bercuti di Kampung Orang Asli Pedas di sini nyaris maut apabila penginapan yang didiami mereka dirempuh sebuah lori yang terbabas, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, tiga penghuni lelaki cedera dan telah dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Calet yang terletak di kaki bukit itu rosak teruk akibat rempuhan kuat lori tiga tan yang membawa muatan barangan lusuh.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Dzor Yusof berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang.

“Kejadian mengakibatkan tiga penghuni calet cedera ringan, manakala lima lagi penghuni lelaki tidak cedera. Mereka berasal dari Sabah dan bercuti di sini. Dua lelaki yang menaiki lori terbabit tidak cedera.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN