SEPANG – Sikap tidak profesional Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri S. A Vigneswaran (gambar kecil) yang melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu tidak sepatutnya berlaku. Vigneswaran telah bertindak menceroboh ruang keselamatan dengan melalui kawasan laluan orang kenamaan (VIP) di lapangan terbang itu tanpa menjalani prosedur pemeriksaan badan yang ditetapkan pihak berkuasa. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.20 malam dan dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya