Tiada rekod pokok lebih 100 tahun - Utusan Malaysia

Tiada rekod pokok lebih 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Ketia­daan pemusatan penyelenggaraan pokok menyukarkan pemantauan dilakukan ke atas pokok-pokok besar yang beri­siko, walaupun tanaman itu diselia pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ini kerana, PBT mahupun agensi berkaitan mempunyai tugasan hakiki lain yang perlu dilaksanakan selain menyelenggara pokok sehingga menyebabkan ada antara tugasan selenggara itu dilakukan dua kali setahun.

Tambahan pula pada masa ini terdapat perubahan angin monsun yang mengakibatkan kejadian bencana sering berlaku seperti pokok tumbang, banjir kilat dan tanah runtuh di cerun.

Menurut sumber, kerajaan perlu menyediakan program khusus atau melaksanakan program inventori dan pemeriksaan serta penyelenggaraan berkala untuk mengenal pasti tahap kesihatan serta risiko pokok-pokok besar yang berusia lebih 100 tahun.

“Melalui program seperti itu, risiko serta bahaya pokok tua ke atas penduduk sekitar dapat dikenal pasti sekali gus membolehkan tindakan mitigasi diambil bagi mengurangkan bencana kepada manusia dan harta benda,” katanya baru-baru ini.

Malah, menurut sumber, sehingga kini Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) juga tidak mengetahui serta mempunyai rekod keseluruhan bilangan pokok yang melebihi usia 100 tahun dan berisiko tinggi kepada masyarakat sekiranya di tanam di laluan awam.

Difahamkan, institut itu pernah bekerjasama dengan pihak PBT di Pulau Pinang dan Tai­ping, Perak bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pokok-pokok besar terutama yang berisiko serta merekodkan bilangan pokok hujan-hujan dan pokok angsana yang ditanam lebih 100 tahun dahulu sebagai pokok teduhan pinggiran jalan dan ikon kawasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×