SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang anasir yang mahu menggugat ketenteraman dan keamanan yang dinikmati rakyat negeri ini. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sebarang tindakan biadap dan melampaui batas undang-undang adalah dikecam kerana mampu mencetuskan keresahan penduduk setempat serta rakyat Selangor. Katanya, semua pihak diminta bertenang dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat perkauman, kebencian dan menghasut. “Saya telah menghubungi Ketua Polis Selangor,…










