KUALA LUMPUR 31 Okt. – Tiada sebarang cukai baharu seperti cukai keuntungan modal, cukai warisan dan cukai karbon dijangka diperkenalkan pada pembentangan Belanjawan 2019 Jumaat ini. Menurut Maybank IB Research, perkara itu dijangka tidak diumumkan berikutan Panel Semakan Sistem Cukai yang ditugaskan bagi pembaharuan sistem cukai hanya mula beroperasi bulan lalu dan akan mengemukakan cadangannya pada pertengahan 2019. “Kami tidak menjangkakan adanya pengenalan cukai-cukai baharu dalam Belanjawan 2019, walaupun sebelum…










