RAMAI beranggapan memasak adalah kemahiran bagi golongan wanita, namun dua pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penanti, Pulau Pinang, membuktikan kehandalan mereka apabila dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi (MSSCC) 2018 di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. Pengawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, Muhammad Haziq Amsyar Zaimi dan Muhammad Amirul Amir Md. Sa’ad, 15, tampil dengan menu Nasi Lemuni dengan Spiced Mackerel Rendang…










