Terima kasih Pas - Khairy - Utusan Malaysia

Terima kasih Pas – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Nov. – UMNO Bahagian Rembau berterima kasih kepada Pas kerana tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu dapat membantu supaya tidak berlaku perpecahan undi ekoran pertembungan tiga parti besar.

Katanya, buat masa ini pihaknya sedang bekerja kuat untuk memastikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau.

“DUN Rantau bukanlah tempat yang asing bagi saya dan Mohamad, jadi kita harap sokongan akan terus diberikan kepada beliau untuk kekal menjadi ADUN di situ.

“Terima kasih kepada Pas kerana memilih tidak bertanding di Rantau dan saya harap pengundi-pengundi Pas akan memberi sokongan kepada Mohamad nanti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) batal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Azimah Omar yang turut memutuskan PRK DUN Rantau perlu diadakan serta-merta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×