Terima kasih Kak Wan, selamat maju jaya DSAI - Utusan Malaysia

Terima kasih Kak Wan, selamat maju jaya DSAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Kelab Anwar Ibrahim (AIC) merakamkan penghargaan kepada bekas presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang telah memimpin parti itu selama 20 tahun sebelum ia diambil alih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berakhirnya Kongres PKR baru-baru ini.

AIC dalam satu kenyataan berkata, dengan PKR kini secara rasmi dipimpin oleh Anwar Ibrahim, ia diharap akan merealisasikan harapan rakyat untuk melihat Malaysia diberi nafaz baharu yang lebih segar dan bertenaga.

“Sudah pasti, di sebalik ranjau perjuangan yang ditempuh 20 tahun lamanya, kini menyaksikan Datuk Seri Anwar berada di saf hadapan untuk mengemudi PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara tidak langsung bersama-sama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merealisasikan harapan rakyat untuk melihat Malaysia diberi nafas baharu yang lebih segar dan bertenaga berbanding era terdahulu.

“Dalam kesempatan yang sama, AIC ingin merakamkan setinggi apresiasi buat Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang telah memimpin PKR selama 20 tahun, dan mengakhiri kepimpinan beliau dengan kenangan manis di mana PKR menjadi rakan kongsi terbesar PH dan beliau sendiri dilantik selaku Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia,” katanya kenyataan itu.

AIC pula akan terus mendukung usaha-usaha murni menterjemah aspirasi rakyat melalui kepimpinan Anwar ke hadapan dan pastinya melalui suri teladan yang telah ditunjukkan oleh Dr. Wan Azizah terdahulu.

“Kini masanya telah tiba untuk semua pihak berganding bahu, memaut semangat, dan merapatkan saf untuk sama-sama mengembalikan kegemilangan Malaysia,” demikian menurut kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×