KUALA LUMPUR 21 Nov. – Kelab Anwar Ibrahim (AIC) merakamkan penghargaan kepada bekas presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang telah memimpin parti itu selama 20 tahun sebelum ia diambil alih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berakhirnya Kongres PKR baru-baru ini. AIC dalam satu kenyataan berkata, dengan PKR kini secara rasmi dipimpin oleh Anwar Ibrahim, ia diharap akan merealisasikan harapan rakyat untuk melihat Malaysia diberi nafaz baharu…










