Tender terbuka dikeluar - Utusan Malaysia

Tender terbuka dikeluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan yang menguruskan perolehan telah mengeluarkan tender terbuka bagi memba­ngunkan sistem subsidi minyak bersasar.

Menteri Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tender tersebut telah dikeluarkan pada Isnin lalu.

“Tender bagi mencadang; mengkaji dan mereka bentuk; membangun; membekal; memasang; menguji dan mentauliah; mengoperasi perkasasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi secara bersasar bagi petrol RON95 telah dimulakan prosesnya.

“Pembekal di­pilih secara kompetetif bagi mendapatkan yang terbaik daripada segi kecekapan, pelaksanaan sistem dan kos. Kita harap apabila itu dimuktamadkan maka kementerian dapat melakukan langkah berikutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nor Azrina Surip (PH-Merbok) yang bertanyakan apakah hasil dipe­roleh pihak kementerian selepas mengambil kira pandangan dan pendapat semua pihak untuk melaksanakan subsidi bersasar dalam sesi pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution menjelaskan, beliau optimis perkara tersebut dapat dilaksanakan pada suku kedua tahun depan secara berperingkat.

Beliau berkata, perbincangan dan rundingan telah dilakukan dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan langkah berkenaan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×