KUALA LUMPUR 13 Nov. – Para ulama disarankan untuk menegaskan hukum dari sudut agama Islam terhadap individu yang melompat parti kerana tindakan itu semakin menjadi-jadi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd. Rani berkata, ketetapan itu perlu dilakukan supaya perbuatan tersebut tidak menjadi budaya dalam kalangan pemimpin yang telah diberi tanggungjawab untuk mewakili pengundi. “Hari ini berlaku lagi budaya khianat dalam kalangan…










