KUALA LUMPUR 16 Nov. – Dibuka kepada orang awam bermula Mac lalu, 99 Wonderland Park yang terletak di Tasik Sri Murni, Jalan Ipoh di sini menjadi tarikan taman tema terbaharu di negara ini. Dengan harga tiket serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk orang dewasa, taman bercirikan mini zoo yang dihiasi pancaran lampu LED itu menyajikan pelbagai keunikan untuk menikmati pengunjung. Pengurus 99 Wonderland Park, Fairul Iskandar Faizil De Zoue…










