KUANTAN – Polis Pahang hari ini menafikan klip video berserta rakaman suara yang tular mengenai penangkapan seorang wanita di daerah Bera, yang kononnya telah menyebabkan kematian empat orang anaknya setelah memberi mereka minum susu bercampur ubat batuk. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata sebaliknya video yang tular di media sosial itu adalah berkaitan kes tangkapan seorang wanita di Mengkuang, Bera membabitkan kes curi yang disiasat di bawah…










