'Tak kisah jumpa Thailand, Filipina, Singapura' - Utusan Malaysia

‘Tak kisah jumpa Thailand, Filipina, Singapura’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Sama ada Thailand, Filipina atau Singapura, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bersedia menghadapi mana-mana pasukan itu dalam separuh akhir Piala AFF yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini.

Malaysia menamatkan kempen Kumpulan A sebagai naib juara selepas menewaskan Myanmar 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Anak-anak buah Cheng Hoe bakal berdepan juara Kumpulan B yang hanya akan diketahui malam ini.

Thailand akan menerima kunjungan Singapura di Stadium Rajamangala, Bangkok manakala Filipina bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno untuk menghadapi Indonesia dan kedua-dua perlawanan tersebut berjalan serentak pada pukul 8 malam ini (waktu Malaysia).

“Apa yang penting kami layak ke separuh akhir dan perlu melakukan persediaan dengan baik.

“Mungkin separuh akhir kali ini sekali lagi mendapat tuah beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu memberi motivasi tinggi kepada pemain.

“Saya tidak kisah jumpa pasukan mana, yang penting kami kena kekalkan momentum, keyakinan dan corak permainan,” katanya Cheng Hoe. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×