KUALA LUMPUR 21 Nov. – Sidang Dewan Rakyat kecoh apabila beberapa ahli Parlimen kerajaan meminta Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) menarik balik perkataan Islam liberal yang ditujukan kepada Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. Perkataan itu dikeluarkan oleh Tajuddin sewaktu mencelah penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat dasar bagi Kementerian Luar dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini. Ini kerana sesi penggulungan Saifuddin mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembangkang terutamanya Tajuddin. Selain daripada perkataan Islam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya