Syria Care gerak misi bantuan musim sejuk ke Syria - Utusan Malaysia

Syria Care gerak misi bantuan musim sejuk ke Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 29 Dis.- Pertubuhan kemanusian, Syria Care menggerakkan misi Bantuan Musim Sejuk
Syria Care 7.0 (BMS 7.0) bagi mengagihkan bantuan kepada pelarian Syria di negara berkenaan
serta termasuk berada di Lubnan dan sempadan Turki.

Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, misi disertai enam
sukarelawan itu akan berlepas ke destinasi pertama di Tripoli, Lubnan hari ini bagi memantau
proses pengagihan bantuan berupa pek makanan dan sumbangan kewangan kepada pelarian.

“Selepas itu, mereka akan bergerak ke Turki bagi mengagihkan barang keperluan untuk pelarian
yang dibeli daripada hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia.

“Semua barang keperluan itu membabitkan pakaian sejuk, sarung tangan, stokin serta selimut yang melibatkan kos sebanyak RM682,312,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, misi kemanusiaan untuk kali kedua pada tahun ini membabitkan kerjasama
dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Turki, iaitu Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) bagi
memastikan agihan bantuan berjalan lancar.

Katanya, pengagihan BMS 7.0 kali ini juga akan diperluas di luar wilayah pelarian termasuk di utara Aleppo dan Latakia.

“Memandangkan sekarang musim sejuk dengan suhu pada sebelah malam adalah lapan celsius
manakala siang pula 12 celcius, justeru itu misi ini bertepatan untuk membantu para pelarian yang
berhadapan cuaca sejuk dengan terpaksa tinggal di khemah plastik,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×