Syed Hussien didakwa ingkar perintah mahkamah - Utusan Malaysia

Syed Hussien didakwa ingkar perintah mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Naib Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee didakwa ingkar kepada perintah mahkamah apabila mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dengan membelakangkan dewan itu dalam usahanya menggulingkan Presiden, Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir.

Ini kerana mahkamah mengarahkan isu dalaman DPMM diselesaikan melalui Mesyuarat Eksekutif Dewan (MED) dan mesyuarat tersebut telah diadakan semalam dengan turut dihadiri Syed Hussien, tetapi gagal mencapai sebarang resolusi dan mengikut jadual, sepatutnya hari ini DPMM meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Ahli DPMM yang enggan namanya disiarkan memberitahu, mereka walaupun tidak terkejut dengan tindakan Syed Hussien tetapi kecewa kerana Naib Presiden itu sanggup mengetepikan Perlembagaan DPMM semata-mata untuk menjayakan agenda peribadi sehingga meletakkan dewan itu dalam keadaan tidak menentu.

“Kumpulan itu dilihat bersungguh-sungguh untuk mengambil alih kerusi Presiden pada AGM yang akan diadakan pada petang ini, hingga sanggup mengadakan EGM berasingan yang jelas bertentangan dengan perintah mahkamah,” menurut ahli DPMM itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 8 November lalu, difahamkan Syed Hussien turut mengadakan MED tanpa memaklumkan perkara itu kepada Setiausaha Agung DPMM terlebih dahulu dan tanpa sebarang kebenaran mahkamah. – Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN