Sumareh sedia jadi pengacau - Utusan Malaysia

Sumareh sedia jadi pengacau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAIN naturalisasi skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh enggan berasa resah masih belum menjaringkan gol sepanjang empat perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 setakat ini.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Gambia yang mendapat status kerakyatan April lalu itu bersedia membantu rakan sepasukan untuk menghasilkan jaringan selain memegang watak sebagai pengacau bagi mencelarukan benteng pertahanan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

“Saya lebih gembira sekiranya berjaya membantu pasukan mencatat kemenangan. Secara jujur, saya tidak kisah sekiranya gagal menjaringkan gol kerana mungkin masih belum rezeki saya untuk berbuat demikian.

“Mungkin sentuhan jaringan akan ditemui pada perlawanan seterusnya menentang Thailand nanti. Namun, ia bukanlah perlawanan yang mudah dan saya harap rakan-rakan ambil serius dan perlu lebih berdisiplin,” katanya

Sejak menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe awal Oktober lalu, pemain berusia 24 tahun itu sudah meledak dua gol dalam enam aksi antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN