KUALA LUMPUR 15 Nov. – Tempoh 24 jam ini bakal menjadi penentu sama ada penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh akan bermain atau tidak dalam perlawanan Kumpulan A Piala AFF 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi esok. Sumareh masih dibelenggu kecederaan hamstring dan tidak diturunkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe ketika pasukan negara melakar kemenangan 3-1 ke atas Laos Isnin lalu. Walau bagaimanapun, khidmat penyerang kelahiran Gambia itu pasti ditagih pasukan negara untuk memperkuatkan jentera serangan namun Cheng Hoe terpaksa menunggu jawapan daripada pasukan perubatan sama ada pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya