Sultanah Terengganu saman pengarang Sarawak Report - Utusan Malaysia

Sultanah Terengganu saman pengarang Sarawak Report

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman fitnah terhadap pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kerana mengaitkan baginda dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi buku bertajuk ‘The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose’.

Perkara itu disahkan oleh pasukan peguam baginda yang turut memfailkan saman fitnah itu ke atas penerbit buku berkenaan, Gerakbudaya Enterprise dan syarikat percetakannya, Vinlin Press Sdn. Bhd.

“Kami memfailkan saman fitnah ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pasukan peguam baginda juga mengesahkan ketiga-tiga samannya tidak mematuhi apa-apa tuntutan dalam surat permintaan yang dihantar kepada mereka.

Walaupun pasukan peguam baginda tidak mendedahkan jumlah keseluruhan saman yang dituntut, namun anak guamnya sebelum ini memfailkan pampasan sebanyak RM100 juta dalam surat permintaan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×