Sultan rasmi Hospital KPJ Pakar Selangor - Utusan Malaysia

Sultan rasmi Hospital KPJ Pakar Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 22 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Hospital KPJ Pakar Selangor serta bangunan baharu pesakit luar hospital berkenaan di Seksyen 20 di sini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Yang turut hadir, Menteri Ke­sihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid.

Sultan Selangor bersa­ma Tengku Permaisuri Se­la­­ngor juga berkenan me­­­­­lawat lobi hospital dan pusat sehenti pesakit luar di bangunan baharu itu serta melihat pameran mengenai KPJ Selangor.

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd., Datuk Amiruddin Abdul Satar ketika berucap dalam majlis itu berkata, ba­ngunan baharu itu dibina de­ngan kos kira-kira RM55 juta dan telah mula beroperasi sejak Mac lalu khusus untuk pesakit luar.

Katanya, bangunan baharu yang mempunyai lapan tingkat itu menempatkan klinik konsultan pakar, unit rawatan ha­rian pesakit luar, farmasi, ruang komersil dan pejabat pentadbiran.

“Dengan penambahan ba­ngunan ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit dan pengunjung kerana sehingga kini lebih enam juta pesakit telah menerima rawatan,” katanya.

“Selain itu, kita juga mempunyai 58 orang konsultan residen dan sesional yang pakar dalam pelbagai bidang perubatan antaranya kardiologi, ortopedik, neurologi, urologi dan sakit puan dengan dibantu oleh kira-kira 700 pekerja yang berpengalaman,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN