ALOR SETAR 21 Nov. – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan menyempurnakan upacara pecah tanah projek pembangunan hartanah di atas tanah wakaf di Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah dekat sini. Projek yang diberi nama Taman Sultan Sallehuddin itu dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2019 setelah mendapat kelulusan pembangunan dari Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar berkata, pembangunan usahasama antara UDA Waqf yang merupakan anak syarikat kumpulan berkenaan bersama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) itu akan dilakukan secara berperingkat di atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya