Suasana hari akhir sesi persekolahan 2018 - Utusan Malaysia

Suasana hari akhir sesi persekolahan 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 22 Nov. – Sesi persekolahan 2018 berakhir hari ini, dan musim cuti akhir tahun yang panjang cukup mengujakan bagi murid-murid apabila berpeluang berenggang dengan buku-buku seketika

Banyak masa bagi mereka merencanakan aktiviti sendiri selain bersama keluarga memenuhi waktu terluang termasuk melancong atau kembali ke kampung ibu bapa.

Suasana hari terakhir persekolahan mungkin sama di mana-mana termasuk di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu dekat sini, dan menjelang pulang, murid-murid mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan guru-guru.

Keceriaan di wajah murid-murid jelas terpancar semasa mereka keluar beramai-ramai sambil ditunggu oleh ibu bapa masing-masing.

Guru Besarnya, Azmi Yazid dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Norwahidah Othman yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah tersebut turut bersama-sama guru-guru melepaskan dan mengiringi murid-murid keluar ke pintu pagar sekolah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN