KANGAR – Mahkamah Sesyen Kangar hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pasangan suami isteri yang didakwa mencuri pakaian di Kedai Dobi Washupp di pekan Simpang Empat di Arau, dekat sini pada 4 November lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Monica Joseph Gaisah ke atas pasangan terbabit yang masing-masing berumur 52 tahun (suami) dan 19 tahun untuk membantu siasatan.…










