TEKA-teki berhubung tiga nama penyanyi wanita yang dijangka menggegarkan Istana Budaya pada bulan April tahun hadapan akhirnya terjawab dengan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Edd Razhe Entertainment (ERE) baru-baru ini. Tiga penyanyi wanita yang bakal berkongsi pentas menerusi sebuah konsert Soul Sisters di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 April tahun hadapan ialah Siti Sarah Raisuddin, Misha Omar dan Noryn Aziz. Menurut penerbit dan pengarah urusan ERE, Edd Razhe, pemilihan trio yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri itu dibuat berdasarkan reputasi dan kebolehan mereka menyanyikan lagu soul dan R&B…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya