Sijil audit bersih bukti pengurusan MAIPs telus, cekap - Utusan Malaysia

Sijil audit bersih bukti pengurusan MAIPs telus, cekap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 22 Nov. – Urus tadbir, ketelusan dan kecekapan pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berada di tahap cemerlang, susulan pemberian sijil audit bersih oleh Ketua Audit Negara kepada agensi itu.


Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, Jabatan Audit Negara telah melakukan pengauditan terhadap penyata kewangan agensi itu bagi tahun 2017 dan keputusannya telah dikeluarkan baru-baru ini.


Sijil tanpa teguran berkenaan telah membuktikan bahawa penyata kewangan yang telah disediakan oleh MAIPs dipersembahkan mengikut piawaian yang diterima pakai, diamalkan secara konsisten, seragam serta pendedahan yang diberikan adalah mencukupi.


Menurutnya, kejayaan MAIPs mengekalkan kecemerlangan 6 tahun berturut-turut itu, mencerminkan pengurusan baik dan cekap agensi berkenaan.


“Integriti dan amanah merupakan sentiasa dihayati dalam setiap tadbir urus dalam MAIPs, dan ia merupakan perintah agama,” katanya dalam sebuah majlis di sini.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat menyaksikan penyerahan Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan MAIPs Tahun 2017 tersebut yang diserahkan oleh Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Perlis, Abd Aziz Che Daud kepada Mohd Nazim di Masjid Al Mustaqim, Seriab, dekat Kangar baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN