Siaran akhbar 'Google Translate' - Utusan Malaysia

Siaran akhbar ‘Google Translate’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Sebuah kenyataan akhbar yang diedarkan penganjur sebuah pameran permotoran antarabangsa menjadi tular di media sosial selepas didakwa menggunakan perisian terjemahan, ‘Google Translate’ bagi menyediakan siaran tersebut.

Siaran media yang dikeluarkan bertarikh 22 November itu didapati jelas dilakukan oleh bukan dalam kalangan profesional sama ada daripada pihak komunikasi korporat atau pengamal media sendiri.

Ini kerana susunan ayat yang ditulis jelas menampakkan siaran akhbar berbahasa Melayu itu diterjemahkan secara langsung daripada ‘Google Translate’ dan mengundang perkataan-perkataan atau ayat yang tidak sewajarnya digunakan dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Google Translate
Siaran akhbar tular di media sosial.

“”Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18), pameran motor terbesar dan paling bermakna di Malaysia dibuka hari ini dengan penuh jangkaan, gempar dan kegembiraan.

“KLIMS’18 telah membuka pintunya kepada pameran automotif yang luar biasa,” kata kenyataan yang mendapat pelbagai kritikan pelbagai pihak khususnya pengamal media di sini semalam . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN