LONDON 13 Nov. – Xherdan Shaqiri menyatakan bahawa peminat masih belum menyaksikan persembahan terbaiknya meskipun dia berjaya meledak jaringan bersama Liverpool, musim ini. Sepanjang musim ini, dia berjaya menjaringkan dua gol dan dua bantuan jaringan dalam lapan penampilan Liga Perdana Inggeris dengan lima daripadanya beraksi selaku pemain gantian. “Sudah pasti saya yakin untuk menjaringkan lebih banyak gol. Keadaan akan bertambah baik dengan kehadiran pemain-pemain hebat. “Bagaimanapun, awak perlu sentiasa bekerja…










