KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan tergugat dengan cubaan berterusan Tan Sri Musa Aman menyingkirkan beliau dari jawatan Ketua Menteri setelah tewas di Mahkamah Tinggi di sini semalam. Shafie berkata, beliau berharap kesemua pihak menerima keputusan itu dengan terbuka dan fokus dalam meneruskan misi memperkukuhkan kerajaan negeri dengan membangunkan Sabah demi keselesaan rakyat. Tegas Shafie, tempoh berpolitik telah pun berlalu dan beliau perlu memastikan perancangan kerajaan negeri berjalan dengan lancar selepas kira-kira enam bulan pentadbiran kerajaan gabungan Parti Warisan Sabah (Warisan) itu terjejas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya