Ketua Unit Setem dan Filateli, Diyana Lean Abdullah (kanan) dan kakitangan Pos Malaysia Noraini Mohd Salleh menunjukkan setem Mickey Mouse bagi meraikan ulang tahun ke-90 Mickey Mouse di Ibu Pejabat Pos Malaysia hari ini. Folder edisi terhad ini mengandungi dua helaian Setem Ku Mickey Mouse, empat keping sampul kenangan berserta setem pra cetak dan empat keping kad postal Mickey Mouse berserta setem pra cetak. Folder istimewa ini dijual dengan harga RM90 setiap satu manakala setem pra cetak dijual pada harga RM10 setiap set.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya