PARIS 29 Nov. – Neymar kembali sentuhan ajaibnya dengan menghasilkan gol yang membuatkan Paris Saint-Germain mampu menghela nafas lega berjaya menumpaskan Liverpool 2-1 pada pertembungan Liga Juara-juara.
Juan Bernat dan Neymar menjaringkan gol buat PSG menjadikan perlawanan lebih berpihak kepada tuan rumah di ibu negara Perancis itu, tetapi penalti James Milner pada babak separuh masa memastikan permainan penting ini kekal seimbang hingga akhirnya.
Kedua-dua pasukan sedar kemenangan adalah penting untuk memastikan kedudukan di dalam kumpulan dan sekali gus mengelak laluan sukar untuk mara lebih jauh.
Berdasarkan prestasi semasa Liverpool yang gagal mencatatkan kemenangan ketika bertandang ke gelanggang lawan kelihatan peluang mereka semakin tipis untuk mara.
Dalam pada itu Napoli mengalahkan Red Star Belgrade 3-1, dan Liverpool harus menang dengan dua gol di gelanggang pasukan Itali itu untuk menghidupkan kembali peluang mereka.
Jika tersingikir daripada kejuaraan Eropah itu ia akan menjadi satu tamparan kepada Liverpool, walaupun mungkin ia membantu anak buah Klopp untuk lebih bugar dan bersedia berdepan dengan Manchester City bagi merebut gelaran Liga Perdana Inggeris.
Sementara itu, PSG masih perlu memastikan langkah mereka ke Belgrade tidak kecundang untuk perlawanan terakhir bagi menjamin mereka layak ke pusingan kalah mati untuk tujuh musim berturut-turut. – AFP










