KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kementerian Pembangunan Usahawan akan menyelaraskan fungsi lebih 60 agensi keusahawanan merentasi pelbagai kementerian menerusi Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF). Sehubungan itu, NEF akan dijadikan panduan utama kerajaan bagi memacu pertumbuhan strategik keusahawanan negara dalam usaha memperkasa industri tersebut. Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof memberitahu, rangka kerja yang meliputi empat teras strategi beserta 21 strategi objektif itu adalah penyediaan kepada Dasar Keusahawanan…










