Segar, natural – MB - Utusan Malaysia

Segar, natural – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 11 Nov. – Setiap inisiatif Belanjawan 2019 dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini bersifat segar dan natural.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, belanjawan yang holistik mendapat sentuhan kerajaan baharu untuk semua golo­ngan masyarakat.

Menurutnya, tiada golo­ngan dan sektor yang di­pinggirkan malah dihidupkan dengan jiwa lebih pro­gresif dan komprehensif.

“Ia bagi menyahut saranan Perdana Menteri kita iaitu Malaysia umpama harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula.

“Saranan ini merupakan sebuah cabaran untuk kita bersama bangkit membangunkan anak bangsa khususnya Johor ke persada lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Hari Keusahawanan, Hari Kanak-Kanak dan Pelancaran Tabung Dana Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Mewah di sini, semalam.

Osman berkata, semasa pembentangan belanjawan 2019, terdapat satu-satunya mekanisme yang terjamin dan mampan bagi mencapai pertumbuhan pendapatan lebih tinggi iaitu melalui pendidikan berkualiti di semua peringkat.

Katanya, Kementerian Pendidikan merupakan pe­nerima peruntukan terbesar iaitu RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan pada tahun depan.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah kebangsaan.

“Ini menggambarkan bahawa kerajaan baharu PH tidak akan dan tidak pernah mengabaikan sektor pendidikan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Kempas.

Beliau berkata, langkah kerajaan itu kerana sektor pendidikan merupakan sebuah perincian tulen dalam membentuk kualiti anak bangsa yang akan mendaya­upayakan keseimba­ngan ne­gara kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN