PENULIS mula merokok ketika menjadi mahasiswa dan sempat berhenti selama dua tahun sebelum kembali menjadi perokok tegar semasa berada di tahun akhir di universiti. Tabiat itu berlarutan sehinggalah memasuki alam pekerjaan sebelum benar-benar berhenti untuk kali kedua pada 2005 sehingga kini. Jadi penulis amat memahami perasaan perokok apabila sedikit demi sedikit ruang untuk merokok dihadkan, daripada tempat-tempat awam seperti kawasan hospital, sekolah, taman permainan sehinggalah tandas-tandas awam telah diisytihar sebagai kawasan larangan merokok. Terbaharu, kerajaan bakal menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran terbuka dan warung mulai bulan depan. Bagaimanapun cadangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya