‘Saya tidak tahu Agong kahwin’ - Utusan Malaysia

‘Saya tidak tahu Agong kahwin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang didakwa telah me­langsungkan perkahwinan di Rusia.

Perdana Menteri juga mengakui tidak menge­tahui mengenai perkara yang tersebar luas itu sehingga dilaporkan beberapa portal berita antarabangsa.

“Saya tidak tahu. Saya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi, jadi saya tidak boleh beri sebarang komen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media antarabangsa yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah melangsungkan perkahwinan dengan bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN