'Saya tetap bersuara demi kepentingan rakyat' - Gobind - Utusan Malaysia

‘Saya tetap bersuara demi kepentingan rakyat’ – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gobind Singh Deo menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia berikutan gesaan yang dibuat menerusi satu petisyen dalam talian. 

Katanya, beliau mengambil maklum perkara itu, namun menegaskan menjadi tanggungjawabnya menyelesaikan sebarang aduan termasuk rungutan orang ramai mengenai perkhidmatan jalur lebar yang disediakan Telekom Malaysia (TM).

“Saya tidak akan berhenti bercakap untuk rakyat negara ini…saya tidak akan berhenti melakukan tugas sebagai menteri.

“Kewajipan saya adalah untuk menyoal dan cuba memperbaiki isu yang timbul serta mencari penyelesaian dalam isu ini (TM), Inilah yang kita cuba lakukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Gobind berkata demikian sebagai respons terhadap petisyen dalam talian yang dilaporkan menuntut beliau meletak jawatan berhubung dakwaan berat sebelah terhadap TM serta kecaman terhadap yuran langganan dan rasa tidak puas hati pelanggan terhadap perkhidmatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×