KUALA LUMPUR 12 Nov. – Biarpun tidak pasti pada bahagian mana Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain ditekap seterika wap serta dipukul, seorang bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yakin bahawa dia melihat individu yang melakukan perbuatan tersebut. Malah, Mohd. Syafiq Abdullah, 22, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menegaskan biarpun bilik berkenaan hanya diterangi cahaya daripada lampu meja, dia nampak kejadian tersebut. Bekas penuntut jurusan Sumber…









