Saya akan terus bekerja – Tok Pa - Utusan Malaysia

Saya akan terus bekerja – Tok Pa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 31 Okt. – Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan akan terus bekerja demi rakyat sekalipun kemampuannya tidak sama seperti menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dahulu.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata, perjumpaan sudah diadakan bersama kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri bagi membincangkan hala tuju yang mampu memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya, beliau tidak layak untuk dilabelkan sebagai ‘jambatan’ di antara kerajaan Pusat dan negeri memandangkan tidak memegang sebarang jawatan dalam Kabinet.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau nak gelarkan ‘jamba­tan’ itu, setakat ini lebih tepat adalah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Mohd. Jidin kerana beliau satu-satunya wakil Kelantan yang berada dalam pentadbiran negara.

“Saya tidak mahu meletakkan diri saya begitu tinggi ke­rana dahulu kapasiti berbeza. Namun begitu, saya sudah berjumpa Mohd. Radzi dan akan membantunya sebaik mungkin bagi memastikan setiap kerja dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas merupakan wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan dalam DUN Kelantan selepas menyertai Bersatu, minggu lalu.

Terdahulu, sesi soal jawab lisan dalam persidangan hari ini hangat seketika apabila Datuk Hassan Mohamood (Pas-Tawang) memerli tindakan Mus­tapa yang dikatakan bukan melakukan penghijrahan sebaliknya lari daripada perjuangan.

Malah, Hassan juga mempersoalkan sama ada Mustapa mampu menjadi ‘jambatan’ bagi menghubungkan negeri ini de­ngan kerajaan Persekutuan sebagaimana ketika beliau bersama BN dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini