Sardin Viral catat jualan lebih RM150,000 sebulan - Utusan Malaysia

Sardin Viral catat jualan lebih RM150,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Produk Sardin Viral keluaran D’ Era Pouch Industries Sdn. Bhd. ketika ini mencatatkan nilai jualan melebihi RM150,000 sebulan.

Pegawai Komunikasi Korporat syarikat berkenaan, Yusmardiana Yacoob berkata, produk tersebut yang mula dipasarkan sejak empat tahun lalu semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan kerana ia ringan dan boleh dimakan terus selepas bungkusannya dikoyakkan.

Beliau menambah, Sardin Viral juga bukan sahaja tidak mengandungi monosodium glutamat malah menerima pengiktirafan sijil halal, Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), ISO 2200 serta Amalan Perkilangan Baik (GMP).

“Setakat ini, Sardin Viral dipasarkan di sekitar Lembah Klang, Johor Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor melalui pelbagai saluran antaranya Pasar Raya Besar Mydin dan Rosyam Mart serta secara dalam talian.

“Kami juga mempunyai stokis di Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan di Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah. Kami juga dalam proses untuk memasarkan produk ini ke pasar raya di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Yusmardiana berkata demikian ketika ditemui di gerai syarikatnya pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, pelanggan berpeluang menikmati promosi istimewa yang ditawarkan syarikatnya sepanjang MAHA 2018 berlangsung sehingga Ahad ini.

“Pelanggan boleh membeli dua paket Sardin Cili/Tomato atau sepaket Kari Ayam dan sepaket Sardin Cili/Tomato pada harga RM10 sahaja.

“Selain itu, mereka boleh membeli dua paket Sardin Cili/Tomato, sebotol Kicap Istimewa 335 mililiter (ml) dan 1 botol cili sos pelangi 340 ml pada harga RM15,” katanya.

Yusmardiana menambah, bagi setiap pembelian di bawah promosi tersebut, pelanggan akan menerima hadiah istimewa berupa sebotol kicap dan kalendar. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN