LONDON 24 Nov. – Mohamed Salah dijangka meninggalkan Liverpool dalam tempoh satu atau dua musim lagi jika gagal mendapatkan sebarang gelaran, kata jurulatih Mesir, Javier Aguirre. Penyerang berusia 26 tahun itu menjadi tonggak skuad Reds di Merseyside selepas mempamerkan prestasi menakjubkan pada musim lalu, menyaksikan dia menyumbat 32 gol dalam 36 perlawanan, selain membawa pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu ke pentas akhir Liga Juara-Juara. Penyerang kebangsaan Mesir itu turut meledak…










