ROM 23 Nov. – Pemain Roma, Gervinho menyifatkan bintang Liverpool, Mohamed Salah disifatkan sebagai ‘orang gila’ semasa sesi latihan.
Musim lalu, Salah meletakkan dirinya sebagai antara pemain terbaik dunia selepas berjaya menjaringkan 32 gol dalam 36 aksi Liga Perdana Inggeris selepas menyertai Liverpool daripada Roma.
Salah menjadi antara watak penting bersama Roma selepas berhijrah daripada Chelsea.
Semasa di Roma, Gervinho mengakui sangat kagum dengan Salah kerana pemain itu bukan sahaja berbakat malahan sedia untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi lebih baik.
“Salah luar biasa. Sentiasa tenang dan memiliki mentaliti ingin berjaya.
“Sesi latihan bersamanya adalah luar biasa. Dia berlatih seperti orang gila dan awak akan kagum melihatnya.
“Dia memberikan impak positif kepada pasukan. Awak tengok Salah dan awak juga ingin bekerja keras,” katanya.-AGENSI










