KOTA KINABALU 17 Nov. – Polis Sabah memburu saki-baki suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf di sekitar negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, usaha tersebut giat dijalankan susulan tangkapan tujuh anggota kumpulan itu di beberapa lokasi di negeri ini, baru-baru ini. Menurut beliau, bagaimanapun jumlah kumpulan terbabit masih dalam siasatan. OMAR MAMMAH “Terdapat suspek lagi sedang diburu dan usaha mengesan mereka diteruskan dari semasa ke semasa kerana berdasarkan maklumat, ada lagi ahli kumpulan ini masih bebas. “Bagaimanapun jumlah mereka belum dikenal pasti kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya