Saintis ubah suai gen bayi mohon maaf - Utusan Malaysia

Saintis ubah suai gen bayi mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 28 Nov. – Saintis China yang mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan berjaya melakukan penyuntingan gen bayi yang pertama di dunia memohon maaf kerana membocorkan hasil kajian tersebut.

He Jiankui, Profesor Bersekutu Universiti Sains dan Teknologi Southern di Shenzhen membuat kenyataan itu di hadapan seramai 700 orang yang menghadiri Persidangan Penyuntingan Genom Manusia di Universiti Hong Kong.

“Terdahulu, saya harus memohon maaf atas kebocoran keputusan itu yang tidak disangka. Kajian ini telah dihantar kepada sebuah jurnal saintifik untuk diulas,’’ katanya.

Namun beliau tidak menamakan jurnal berkenaan dan mengesahkan pihak universitinya tidak mengetahui tentang kajian itu.

Melalui video yang dimuat naik dalam talian baru-baru ini, beliau mendakwa menggunakan teknologi penyuntingan gen dikenali sebagai CRISPR-Cas9 untuk mengubahsuai gen embrio kembar perempuan yang dilahirkan bulan ini. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN