KACAK, tinggi dan hebat di gelanggang tenis menjadikan Alexander Zverev jejaka kegilaan wanita. Baru-baru ini, ‘saham’ bintang muda Jerman itu semakin melonjak apabila dia merangkul gelaran berprestij, ATP Final dengan menumpaskan dua legenda – Novak Djokovic dan Roger Federer dalam tempoh dua hari berturut-turut. Pencapaiannya bukan setakat di situ, malah Zverev yang terkenal dengan julukan Sascha, muncul pemain termuda menamatkan musim lalu pada ranking ketiga dunia. Zverev, 21, yang membesar…










