Rokok lebih RM1 juta dirampas - Utusan Malaysia

Rokok lebih RM1 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Rokok seludup dari negara jiran yang dianggarkan bernilai RM1.39 juta dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor di Indahpura, Kulai dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, serbuan dilakukan PPM Wilayah Dua menerusi Op Landai Khas selepas intipan dijalankan selama empat jam bermula pukul 8 pagi.

Menurutnya, dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan susulan penangkapan sindiket penyeludupan rokok di Pantai Tanjung Kelisa, Kota Tinggi pada 8 Oktober lalu.

“Semasa serbuan, dua lelaki itu sedang memunggah kotak-kotak yang dipercayai me­ngandungi rokok tidak sah ke dalam dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Perodua Alza selain pemeriksaan di premis turut menemukan kotak me­ngandungi barangan sama.

“Rokok pelbagai jenama yang dirampas berjumlah 117,320 peket yang dianggarkan bernilai RM1.39 juta. Turut ditemukan wang sebanyak RM18,465 dan semua rampasan termasuk dua kereta bernilai RM1.41 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua di sini hari ini.

Zainal Abidin memberitahu, pihaknya masih memburu saki-baki ahli lain dan beberapa kumpulan sindiket yang dipercayai masih aktif menjalankan jenayah penyeludupan dipercayai melibatkan nilai yang tinggi menggunakan perairan negeri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×