Perbezaan genre muzik tidak menghalang dua penyanyi, Fitri Harris dan Lan Solo untuk bergabung suara bagi menjayakan sebuah konsert istimewa digelar Konsert 2 Dunia di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang bulan hadapan. Fitri yang merupakan bekas vokalis kumpulan nasyid, UNIC dan juara Gema Gegar Vaganza musim kedua memberitahu, idea bekerjasama bekas vokalis kumpulan rock Kristal, Lan timbul kerana mahu mencari kelainan dalam mengadakan persembahan buat peminat terutama golongan belia.…










