Roach sedia bantu Pacquiao untuk pertembungan Januari depan - Utusan Malaysia

Roach sedia bantu Pacquiao untuk pertembungan Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 22 Nov. – Jurulatih tinju veteran Freddie Roach orang bertanggungjawab membentuk Manny Pacquiao kembali bergabung selepas sekian lama masing-masing membawa haluan sendiri semata-mata untuk persiapan pertembungan Januari depan.

Sports Illustrated melaporkan, mesej daripada Roach, berkata, dia bersetuju bekerjasama dengan Pacquiao ekoran perbincangan lewat Selasa lalu dengan peninju dari Filipina itu.

“Manny berhubung terus,” Roach dipetik berkata. “Kami duduk bersama bersemuka. Saya akan berada dipenjurunya pada Januari 19 ini.”

Roach dan Pacquiao membawa haluan masing-masing selepas 16 tahun bersama berikutan kekalahan peninju dari Filipina itu kepada Jeff Horn pada 2017.

Roach dilaporkan kecewa dengan pemecatan beliau sebagai jurulatih dan tidak menyangka Pacquiao mengumumkan untuk menggunakan khidmatnya untuk perlawanan menentang Broner.

Selepas 2017 kedua-dua mereka sebenarnya tidak pernah bercakap.

“Saya tidak akan bercakap secara langsung dengan Manny,” Roach menjelaskan dalam sidang akhbar terdahulu.

“Saya tidak akan membuat keputusan selagi Manny tidak menghubungi saya. Saya seperti ayah kepada Manny sejak 15 tahun. Jika dia tidak telefon saya, tidak akan ada sebarang urusan.”

Dalam sidang akhbar di sini, Pacquiao berkata, beliau berharap Roach bersedia bekerjasama dengannya kembali bersama-sama seorang lagi jurulatih Buboy Fernandez yang sekian lama menjadi jurulatihnya.

“Saya tidak ada masalah dengan Freddie Roach,” kata Pacquiao. “Apa yang saya fikirkan ialah latihan dikendalikan oleh Buboy.

“Freddie bertindak sebagai penasihat kepada Buboy, inilah yang akan kami lakukan,” kata peninju berusia 39 tahun itu. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN